HARI AHAD

on Rabu, 29 Julai 2009

5hb Julai, Ahad. Hari terakhir menyaksikan ramai peserta mula diselubungi kepenatan. Walaupun begitu, Keterujaan mereka untuk melakukan aktiviti seterusnya memadamkan rasa penat dan lelah. Hari ini mereka diberi peluang melakukan aktiviti 'rapelling' dan aktiviti memasang khemah mudah. Aktiviti ini menambah keyakinan peserta melakukan perkara yang sukar dan merbahaya. Ianya memberikan kesedaran kepada peserta bahawa dengan kelengkapan dan persediaan yang cukup mereka dapat melakukan perkara yang merbahaya dan sukar ini dengan perlahan atau dengan lebih lancar.


Aktiviti repelling daripada bukit berhampiran.




Dalam gayat dan takut, semua dapat melakukannya.


Guru-guru dan adik Sarah Najla juga turut sama melakukannya.



En. Shabuddin memberi penerangan bagaimana memasang khemah mudah.



Acara terakhir, Majlis Penutupan, Refleksi dan Penyampaian Hadiah.


0 ulasan:

Catat Ulasan