JUMAAT, SIANG....

on Isnin, 20 Julai 2009

3hb Julai 2009, Jumaat. Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform tahun 2009 telah diadakan di Pusat Ko-Kurikulum, Kem Ulu Dengar bertempat di SK LKTP Ulu Dengar. Pihak sekolah telah mengambil keputusan untuk mengadakan di Pusat Ko-Kurikulum di atas kesedaran memberikan peluang dan pengalaman kepada murid menyelami keadaan sebenar situasi perkhemahan dengan aktiviti yang maksimum dan lebih menyeronokkan.

Di fasiliti ini, murid akan diberikan peluang merasai pelbagai jenis aktiviti fizikal dan mental yang disediakan di sini.

Pergerakan ke Pusat Ko-Kurikulum sepatutnya dengan menggunakan khidmat trak tentera 5 RAMD, Kem Batu 3. Malangnya, di saat-saat akhir pihak kem terpaksa memohon maaf kerana tidak dapat membantu akibat eksais yang dimaklumkan pada saat akhir.

Pergerakan murid ke Pusat Ko-Kurikulum dibantu dengan 13 buah kereta milik guru-guru SK Kampong Chamek. Program bermula dengan pendaftaran di perkarangan sekolah. En. Mohd Zam selaku Setiausaha Ko-Kurikulum, mengambil kehadiran murid dan guru pada jam 2:00 petang hingga 2:30 petang. Walaupun begitu, murid telahpun hadir lebih awal, seawal lepas solat Jumaat kerana teruja untuk turut serta dalam perkhemahan ini. Pihak sekolah mengucapkan setingi-tinggi terima kasih kepada En. Rohmat kerana sudi mengorbankan masa menghantar beberapa orang murid serta turut serta dalam konvoi ini.


Wajah-wajah ceria dan teruja peserta perkhemahan



Ibu Bapa dan penjaga tidak melepaskan peluang melihat rombongan ini bertolak



Sebahagian daripada kenderaan yang digunakan untuk konvoi.



Pergerakan konvoi dan ketibaan konvoi di SK LKTP ULU DENGAR.

Alhamdulillah, semua kenderaan yang digunakan untuk konvoi berada dalam keadaan selamat dan tiada perkara buruk berlaku sepanjang perjalanan ke Pusat Ko-Kurikulum ini.
Konvoi tiba di Pusat Ko-Kurikulum lebih kurang jam 3:45 petang dengan di sambut oleh Jurulatih-jurulatih Pusat ko-kurikulum dan guru-guru SK Paloh 2 yang baru sahaja tiba dengan bas. Program perkhemahan ini juga dimeriahkan dengan kehadiran rombongan SK Paloh 2 yang mengadakan perkhemahan di Tapak Perkhemahan luar Pusat Ko di kaki Gunung Belumut. Mereka akan bergabung dengan SK Kampong Chamek pada hari kedua untuk aktiviti - aktiviti luar.

Sesi Taklimat oleh GPK Ko Kurikulum.

Setibanya di Pusat Ko-Kurikulum, taklimat ringkas disampaikan oleh En. Khairuddin selaku GPK Ko-Kurikulum. Oleh kerana Dewan Sekolah masih lagi digunakan untuk taklimat bagi SK Paloh 2, Sesi Ice Breaking dan pembahagian kumpulan dijalankan di kantin dan dikelolakan oleh Cik Azizah.


Ice Breaking di kelolakan oleh Pn. Noraini dan Cik Azizah di kantin SK LKTP Ulu Dengar.



Sesi mengenali rakan dan ahli kumpulan.



Sesi taklimat perkhemahan oleh Penyelaras Pusat Ko-Kurikulum, En. Roslan Ali

Taklimat khas perkhemahan disampaikan oleh Penyelaras Pusat Ko-Kurikulum, En. Roslan Ali. Beliau menerangkan perjalanan aktiviti sepanjang sesi perkhemahan dan keselamatan tempat penginapan. Beliau juga menerangkan kedudukan dorm, tandas serta temapat makan yang disediakan.




Selepas Solat Asar, murid dan guru di jamu dengan jamuan makan petang dan seterusnya makan malam setelah semua peserta selesai mengemas dorm dan mandi.