4hb Julai 2009, Sabtu. Pagi hari kedua bermula seawal jam 6:00 pagi dimana semua peserta bersolat Subuh secara berjamaah dan seterusnya bersiap bagi mengikuti aktiviti hari kedua. Kebanyakkan peserta begitu ceria dan teruja untuk meneruskan aktiviti pada hari ini.
Perhimpunan pagi dan persembahan yelt kumpulan.
Aktiviti pagi ini dimulakan dengan perhimpunan pagi dan persembahan yelt kumpulan masing-masing. Pengisian aktiviti dalam slot ini adalah Nyanyian Lagu Negaraku, Bangsa Johor, lagu sekolah dan bacaan doa. Seterusnya disambung dengan persembahan yelt kumpulan.

Senaman pagi sebelum kembara.
Lebih kurang jam 7:30 pagi, selepas sarapan pagi, aktiviti kembara dimulakan dengan senaman ringkas 'kawad 5' dan taklimat yang dilakukan oleh Tuan Ajai.
Lebih kurang jam 7:30 pagi, selepas sarapan pagi, aktiviti kembara dimulakan dengan senaman ringkas 'kawad 5' dan taklimat yang dilakukan oleh Tuan Ajai.
Aktiviti kembara menyusur ke dalam belukar kebun kelapa sawit.
Aktiviti kembara yang dianggarkan sejauh 4km bermula dengan melalui kampung Felda Ulu Dengar, dan menyusur ke dalam belukar kebun kelapa sawit.
Perhentian pertama sebelum peserta mula bermandi lumpur dan paya.
Perhentian pertama di kaki Gunung Belumut menjadi tempat rehat peserta mengumpul semula tenaga setelah berjalan lebih kurang 1.5 km. Bermula daripada sini keadaan trek kembara menjadi lebih sukar.
Perhentian pertama di kaki Gunung Belumut menjadi tempat rehat peserta mengumpul semula tenaga setelah berjalan lebih kurang 1.5 km. Bermula daripada sini keadaan trek kembara menjadi lebih sukar.
Meredah anak sungai dan paya.
Pemandangan indah ciptaan Allah mengagumkan.
Melewati pohon kelapa sawit yang diakhir usia.
Meyakinkan diri untuk terjun daripada ketinggian 3m.
Melepaskan lelah di tapak perkhemahan luar Pusat Ko-Kurikulum.
Setelah penat berjalan mengembara pelbagai suasana dan situasi, peserta berehat di tapak perkhemahan luar Pusat Ko-Kurikulum. Suasana di serikan dengan persembahan khas mengikut Unit Beruniform yang dianggotai.
Taklimat aktiviti memasak.
Hj Abdul Razak mengajar nyanyian pengakap bersama peserta SK Paloh 2.
Di tapak perkhemahan luar ini kumpulan SK Kg Chamek bergabung bersama-sama kumpulan SK Paloh 2 yang sedia menunggu berkhemah di sini sejak semalam. Mereka akan melakukan aktiviti hari ini secara station.

Pelbagai gelagat sewaktu aktiviti memasak.
Guru-guru tidak melepaskan peluang membantu.
Sesi menghakimi untuk pertandingan memasak.
Makan masakan sendiri adalah sesuatu yang membanggakan bagi semua peserta.
Keyakinan di air.
Setelah makan dan Solat Zuhur, peserta diberikan penerangan mengenai peralatan yang akan digunakan sewaktu aktiviti keyakinan di air. Di dalam slot keyakinan di air, peserta diberi peluang membina keyakinan sewakti kecemasan berlaku di air. Di antara pengisian yang diberi adalah, mengapung menggunakan BA (Boyancy Aid), meminta pertolongan dan membantu mengunakan tali kecemasan.
Aktiviti keyakinan di air memberikan peluang kepada peserta me'lumban'.
Aktiviti 'flying fox'
Aktiviti 'flying fox' dijalankan selepas aktiviti keyakinan di air. Aktiviti ini membina keyakinan di tempat tinggi dan berusaha menangani ketakutan dan kengerian.
Aktiviti 'flying fox' dijalankan selepas aktiviti keyakinan di air. Aktiviti ini membina keyakinan di tempat tinggi dan berusaha menangani ketakutan dan kengerian.
Guru-guru juga tidak melepaskan peluang mencuba 'flying fox'.
Kegembiraan tergambar apabila diberitahu mereka pulang dengan lori dan bukannya berjalan kaki.
Di penghujung hari, walau diselubungi dengan kepenatan dan keletihan, para peserta begitu gembira melalui hari kedua perkhemahan mereka. Pada asalnya, peserta menjangkakan akan berjalan kaki semula bergerak ke Pusat Ko-Kurikulum. Namun kelibat lori buah sawit ini memberi kelegaan apabila dikhabarkan akan menjadi pengangkutan mereka pulang semula ke Kem.