SABTU, MALAM

on Rabu, 29 Julai 2009

4hb Julai, Sabtu. Malam kedua berada di Pusat Ko-Kurikulum diteruskan dengan Solat Berjamaah mengikut kumpulan dibawah bimbingan dan seliaan Ust. Mohd Zam. Bermula jam 9:00 malam, Malam Persembahan diisi dengan aktiviti-aktiviti nyanyian dalam kumpulan dan persembahan sketsa. Persembahan ini dilaksanakan mengikut tema sketsa yang telah diberi. Pn. Norhasdira memimpin dan mengurus slot dengan begitu meriah dibantu guru-guru dan beberapa orang guru yang dijemput khas memeriahkan suasana.


Pelbagai ragam nyanyian pimpinan Pn. Norhasdira.




Suasana meriah malam persembahan.



Terima kasih kepada semua yang aktif membantu.



Persembahan sketsa kumpulan.



Terlalu kepenatan memamah konsentrasi sehinggakan tertinggal di dalam dewan.

Malam itu diakhiri dengan minum malam. Walaupun begitu, sesi burung hantu mengisi kepekatan malam. Di sebalik kegelapan malam, peserta diletakkan bersendirian di tengah-tengah padang dengan mata tertutup. Aktiviti ini membina keyakinan diri melawan ketakutan bersendirian dan berseorangan disamping cuba berfikir secara normal di bawah tekanan ketakutan yang amat tinggi. Beberapa orang peserta putus semangat di awal aktiviti membuktikan kekuatan mental dan rohani yang kurang.

>> beberapa orang telah 'diganggu' dengan alam mistik .... Betul ke?...